Kahoot
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Hari ini saya akan berkongsi tentang aplikasi yang tidak asing lagi digunakan dalam kalangan guru-guru di sekolah iaitu aplikasi Kahoot.Seperti yang sedia maklum,Kahoot merupakan salah satu alat atau medan yang boleh digunakan untuk membuat penilaian kepada pelajar secara formatif melalui digital.Ia sebenarnya lebih kurang sama seperti Quizizz dari sudut objektifnya.Namun cara dan perlaksanaan ada sedikit perbezaan dimana dalam penggunaan Kahoot,guru menjadi "Admin" mengawal permainan soalan pada skrin utama manakala untuk pelajar hanya tertera warna,bentuk dan jawapan pada skrin komputer atau smartphone masing-masing.Soalan utama itu ditayangkan menggunakan "LCD" dan dipancarkan di layar putih supaya dapat dibaca dengan jelas oleh pelajar.
Dalam entri kali ini,saya akan kongsikan video pembelajaran di dalam kelas menggunakan kahoot bersama pelajar tingkatan 1 kelas 101 ketika subjek Bahasa Arab.
penerangan penggunaan Kahoot
Kahoot juga boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan(team mode) atau individu (classic).Permainan secara individu,pelajar akan nyatakan jawapan mewakili dirinya seorang dan markah dikira juga untuk dirinya manakala permainan secara berkumpulan pula,pelajar diberi peluang untuk membentuk satu kumpulan dengan sekurang-kurangnya tiga orang 1 kumpulan dan menamakan kumpulan tersebut.Setiap soalan yang dijawab dengan betul akan diberi markah kepada kumpulan.
permainan secara individu(classic) dan kumpulan (team mode) |
Penggunaan kahoot cukup meluas dan ia adalah satu alat pembelajaran yang sangat menyeronokkan dan berkesan.Guru boleh membina soalan dengan memasukkan butiran pembelajaran sama ada dalam bentuk perkataan,ayat atau visual (imej) bagi menarik minat pelajar ketika menjawab soalan.Guru juga boleh menggunakan soalan yang telah sediakan oleh orang lain secara percuma untuk diberikan pelajar.
pilihan jawapan pada skrin pelajar (bentuk dan warna) |
Kepada guru-guru yang ingin menggunakan Kahoot sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :
1. buka web Kahoot
2. anda perlu daftar atau "sign up" terlebih dahulu,untuk lebih mudah,sambungkan terus pendaftaran akaun Kahoot dengan akaun gmail.
log in menggunakan akaun gmail |
4. untuk membina soalan,anda perlu tekan butang "create"
5. jika tidak ada soalan sendiri,anda boleh pergi ke bahagian "discover" untuk mencari soalan yang telah disiapkan oleh guru lain dengan hanya menulis subjek atau topik.
6. untuk memulakan permainan,pilih satu set soalan yang tertera pada ruangan
7. kemudian tekan "play"
8. kemudian,anda mesti memilih jenis permainan,individu atau berkumpulan.
9. sebelum tekan butang "start",pastikan pelajar sudah diberikan link join kahoot dan memasukkan "game pin" yang tertera pada skrin utama (admin)
10. Kahoot boleh dimulakan
pelajar fokus membaca dan memahami soalan pada skrin utama
Makluman untuk guru,aplikasi Kahoot juga boleh dimuat turun di "play store".
Saya kira sampai disini sahaja perkongsian serba sebanyak tentang aplikasi Kahoot yang mampu saya sampaikan.Moga-moga dengan perkongsian ini dapat membantu guru-guru untuk lebih mudah mengendali dan melaksanakan Kahoot dalam pengajaran harian.
Semoga bermanfaat,terima kasih kerana sudi membaca.
Ahmad Faiz Bin Mohd
MC190909458
Rujukan :
Youtube
Kahoot
Comments
Post a Comment