Quizlet




Assalamualaikum  w.b.t

In sha Allah,entri kali ini saya akan berkongsi tentang satu aplikasi pembelajaran yang diberi nama Quizlet.Quizlet ini namanya hampir sama macam Quizizz tapi penggunaan Quizlet lebih meluas dan efisien berbanding Quizizz dari segi kaedah hafalan dan ingatan dalam pembelajaran.

Sebelum saya terang lebih lanjut,saya ceritakan dahulu serba sebanyak tentang Quizlet ini kepada semua,kata orang tak kenal tak cinta,tak tahu macam mana nak guna.

Quizlet ini adalah satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pelajar mempelajari sesuatu topik dengan lebih menarik dengan hanya menggunakan smartphone.Ia juga turut membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran pada topik yang sudah dipelajari sebagai teknik hafalan dan ingatan.
App Quizlet melalui smartphone



Antara kaedah pembelajaran atau "study mode" yang terdapat dalam Quizlet ialah :

1. Flashcards

kaedah ini sama sahaja seperti guru-guru membuat flashcards menggunakan kertas.Pelajar akan ditunjukkan "flashcards" yang akan memaparkan dua sisi depan dan belakang,dimana sisi depan kad akan menunjukkan istilah atau apa-apa perkataan kemudian apabila diklik pada "flashcards" tersebut akan bertukar ke sisi belakang yang menunjukkan kepada maksud bagi istilah tersebut.
Guru bebas membuat pilihan untuk mengisi "flashcards" dalam bentuk imej atau perkataan.
selepas diklik pada kad,ia bertukar ke sisi belakang
Soalan yang ditanya serta jawapannya :
Hukum solat jemaah bagi sesuatu penduduk - Fardu Kifayah

2. Learn 
Dalam kaedah pembelajaran ini,pelajar akan menggunakan set soalan atau set topik yang telah disediakan dan pelajar akan menjawab soalan dalam ruangan jawapan yang diberi dengan betul.
Mula-mula pelajar akan jawab pada slot "Remaining" kemudian akan ke slot "Familiar" dan akhir sekali ke slot "Mastered".
Jika jawapan yang diberi salah pada slot pertama,maka soalan itu tadi akan ditayang pada slot kedua,jika salah lagi,akan diulang semula pada slot ketiga.Kaedah ini sangat membantu pelajar dalam mengekalkan hafalan dan pemahaman dalam jangka masa yang panjang.

3. Write
kaedah ini pula menunjukkan kepada pelajar istilah atau definisi dan pelajar menulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Selepas memasukkan jawapan tersebut,pelajar boleh menyemak sama ada jawapan itu betul atau salah.Dan setiap jawapan yang salah akan diberi tahu jawapan yang sebenar ialah membantu pelajar belajar dari kesilapan dan ia merupakan salah satu proses pembelajaran yang betul.

4. Spell
Kaedah ini lebih sesuai untuk subjek bahasa seperti bahasa arab atau bahasa inggeris kerana sesuatu istilah akan dibaca dan pelajar mesti menulis semula istilah dengan ejaan yang betul. Jika pelajar dapat menjawab setiap soalan dengan betul, maka akan diberi ganjaran dengan video trak raksasa yang melakukan lompat, roda, dan flip.Jika jawapan yang diberikan salah,pelajar perlu menulis semula jawapan pada soalan yang sama sehingga jawapan yang diberikan itu betul.Selepas itu,baru lah soalan baru akan ditayangkan.Kaedah ini membantu pelajar mendengar dan mengingati istilah dengan tepat.

5. Test
Kaedah ini adalah satu bentuk ujian secara online yang boleh pelajar jawab sama ada sebagai tugasan ketika di asrama atau ketika bercuti di rumah.Pelajar perlu menjawab setiap soalan pada ruangan yang disediakan seperti dalam peperiksaan yang sebenar.

Selesai menjawab,pelajar menyemak jawapan yang diberikan dengan menekan butang "Check answers" dan "print" ujian yang telah selesai dijawab.

Sila klik pada link ini untuk melihat cara belajar menggunakan quizlet.

Selain daripada "Study Mode",Quizlet juga boleh menjadikan soalan-soalan tadi dalam bentuk permainan yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk dijadikan sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Antaranya :

1. Match
tekan "start game"
grid istilah dan definisi yang berselerak

Dalam permainan ini, pelajar dibentangkan dengan grid istilah berselerak. Pelajar mesti padankan istilah dan definisi yang berkaitan dengan cara menggerakkan atau mengalihkan dari satu grid ke grid yang betul.Permainan ini dinilai mengikut masa,Pelajar yang dapat menyelesaikan grid dengan padanan yang betul dan terpantas,akan dikira sebagai pemenang.


2. Gravity
tekan "get started"

sila buat pilihan pada ruangan yang disediakan

tekan "start game"


Permainan ini mempunyai level,dan dimulai dengan level 1,pelajar boleh memilih tahap kesukaran "easy", "medium", atau "hard" dan jenis permainan.Permainan ini bertindak menggerakkan soalan dalam sesuatu,pelajar perlu menulis jawapan ruangan "type your answer".Setiap jawapan yang betul akan diberi markah atau "score",jika jawapan salah,permainan ini akan mengulang kembali soalan sehingga pelajar melepasi soalan itu.Jika berjaya menjawab soalan pada level 1,pelajar akan meneruskan permainan ke level 2 dan seterusnya.Permainan ini adalah berindividu.

3. Live
sila pilih bentuk soalan

code yang perlu pelajar isi pada quizlet live

link untuk pelajar masukkan "code number" join live game

Permainan ini adalah satu permainan berkumpulan yang mana guru tidak perlu lagi bersusah payah menentukan pelajar itu berada pada mana-mana kumpulan.Permainan ini bertindak menyusun dan membahagikan pelajar dalam kumpulan-kumpulan tertentu.
Pelajar juga perlu mengetahui siapakah ahli kumpulan kerana permainan ini memerlukan pelajar berkomunikasi dan berbincang untuk memilih jawapan yang betul.Minima untuk menggunakan permainan "live" ialah seramai 4 orang,kurang daripada 4 orang,permainan tidak boleh dimulakan.Guru pula boleh memilih sama ada untuk memulakan dengan set soalan definisi atau istilah.Setiap kumpulan perlu memilih istilah / definisi yang betul untuk menang dan kumpulan yang paling pantas menjawab dengan betul dikira sebagai pemenang.Permainan ini dipilih daripada satu set flashcards dan ia menukarkan flashcards ini menjadi format yang berfungsi sebagai permainan.

Untuk permainan "live" ini,saya berkesempatan mengaplikasikannya bersama pelajar tingkatan 2 kelas 203 ketika subjek pendidikan islam.Jadi,saya kongsikan sedikit video yang berhasil dirakam.Selamat menonton dan selamat mencuba.



Penerangan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dilakukan

membacakan "code" permainan live

suasana perbincangan antara pelajar

pelajar menerangkan cara bermain permainan "live"

pembahagian kumpulan melalui quizlet live


ranking markah setiap kumpulan

Untuk guru yang ingin menggunakan Quizlet ini,anda mestilah mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Sila "sign up" jika belum ada akaun quizlet,jika sudah ada "log in" sahaja
2. Untuk lebih,anda boleh sambung "sign up" terus dengan akaun gmail.
3. Kemudian tekan "create" untuk mula membina set soalan.



Jika anda sudah berjaya untuk buka dan masuk ke dalam Quizlet,baru lah semua "study mode" dan "game" dalam Quizlet dapat digunakan dengan sempurna seperti mana yang saya terangkan diatas.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Quizlet ini melalui "play store" secara percuma.



Sampai disini sahaja perkongsian serba sebanyak yang saya sempat terokai dan gunakan tentang Quizlet,jika ada sebarang tambahan maklumat,jangan segan jangan malu untuk berikan maklumat tersebut pada ruangan komen dibawah.

Semoga bermanfaat,terima kasih kerana sudi membaca.

Ahmad Faiz Bin Mohd
MC190909458

Rujukan :

Google
Youtube
Quizlet

Comments

Post a Comment

Popular Posts