Quizizz

Assalamualaikum w.b.t 
dan salam sejahtera kepada semua.

In sha Allah,dalam kesempatan ruang dan peluang yang telah diberikan,saya akan berkongsi serba sebanyak tentang satu aplikasi yang digunakan dalam proses pembelajaran hari ini iaitu Quizizz.

Seperti yang sedia maklum,majoriti pelajar pada hari ini masing-masing mempunyai gadget atau smartphone yang akan mereka gunakan sepanjang hari samada yang tinggal bersama ibubapa di rumah mahupun yang tinggal di asrama.Oleh yang demikian,untuk memanfaatkan pengunaan gadget atau smartphone dalam kalangan pelajar hari ini,maka kita sebagai guru perlu mengetengahkan aktiviti dalam kelas dengan mengaplikasikan teknologi yang disediakan ini proses pembelajaran dan pengajaran harian.Di samping dapat mengelakkan penyalahgunaan gadget dalam kalangan pelajar,ia turut membantu menarik minat pelajar untuk berinteraksi dan memahami sesuatu pelajaran.


Sebagai seorang guru subjek pendidikan islam,cabaran berhadapan dengan situasi dimana pelajar perlu dan mesti hafal dan ingat fakta bagi setiap topik yang dipelajari.Contohnya bab berkaitan ibadah.Pelajar mesti faham dan ingat setiap hukum yang dipelajari.Bagi tidak membiarkan pelajar kebosanan dengan teknik penerangan 1 hala dalam kelas.Saya cuba untuk mengajak pelajar-pelajar saya untuk bermain Quizizz didalam kelas untuk mengulangkaji topik yang sudah dipelajari.
Quizizz ini adalah satu aplikasi atau alat yang guru boleh gunakan untuk mencipta atau membina soalan melalui visual tanpa menggunakan kertas.Guru boleh mencari sebarang kuiz pembelajaran atau subjek di ruangan "search" jika guru tidak mempunyai soalan sendiri.Hanya dengan menulis subjek atau nama topik yang ingin disampaikan pelajar,maka guru akan pilih kuiz yang bersesuaian dengan tahap pelajar.



Dibawah ini saya kongsikan video pengajaran saya dengan penggunaan Quizizz bersama pelajar tingkatan 2 kelas 206 ketika subjek Pendidikan Islam.Dalam kelas kali ini,saya tidak membawa laptop untuk disambung pada skrin utama kerana saya menggunakan "google chromecast" yang boleh disambung terus ke smartphone melalui wifi dan Smart Screen.


Di dalam video ini,saya menekankan teknik pengajaran interaksi 2 hala antara guru dengan pelajar dengan menggunakan aplikasi Quizizz sebagai alat atau tempat untuk menilai kefahaman pelajar didalam kelas.Pada skrin utama hanya tertera markah setiap pelajar setelah menjawab kuiz manakala pelajar pula akan menjawab soalan kuiz pada komputer masing-masing.Bagi pelajar yang menjawab kuiz dengan betul,akan mendapat "point" atau markah.Dan diakhir pembelajaran,pelajar boleh mengetahui siapakah yang mendapat markah tertinggi dan dikira pemenang.


Dalam penggunaan quizizz juga,saya boleh menyemak soalan kuiz manakah yang paling ramai pelajar betul dan salah.Daripada situ,saya akan membuat soal jawab dengan pelajar dan membincangkan jawapannya.

Disini saya sertakan link Cara membuat soalan pada Quizizz.




Langkah-langkah untuk mengaplikasikan Quizizz didalam kelas adalah seperti berikut:
Untuk lebih mudah,saya menggunakan Google Chrome kerana telah bersambung akaun gmail.

1. buka laman web : https://quizizz.com/
2. jika anda belum akaun Quizizz,sila daftar atau "sign up" terlebih dahulu
3.jika sudah ada akaun Quizizz,anda boleh masukkan atau "log in" identiti anda
4.jika laptop atau komputer anda telah disambungkan akaun gmail,maka klik sahaja log in atau sign up with gmail account.
5.setelah itu,anda boleh mencari subjek atau topik yang ingin anda gunakan pada ruangan "seacrh for quizzes on any topic"
tuliskan subjek anda pada ruangan "seacrh for quizzes on any topic"

saya mencari pendidikan islam tingkatan 2
6.setelah selesai proses carian,sila pilih mana-mana soalan yang ada untuk digunakan dan diberikan pada pelajar
7.kemudian tekan butan "live game"

8. sebelum anda klik host game,pastikan anda telah memilih "game mode" yang ingin anda gunakan


  • team mode    : pelajar akan menjawab soalan  secara individu    tetapi markah berkumpulan
  • classic mode : pelajar akan menjawab soalan secara individu
  • test mode      : pelajar akan jawab seorang-seorang seperti      dalam peperiksaan dan pelajar perlu "log in" akaun sendiri

9. jika sebelum ini,anda pernah menggunakan classroom,anda boleh sambung terus dengan quizizz.
tetapi kalau tidak ada,sila abaikan.hehe

 10. akhir sekali,anda perlu bagi "code" kepada pelajar dan minta mereka masukkan "code" tersebut  pada link ini join a game


Dan guru-guru juga boleh memuatturun aplikasi Quizizz ini di "play store" bagi pengguna android.Search sahaja Quizizz,download kemudian install dalam smartphone masing-masing.Kemudian ikuti langkah-langkah seterusnya.





Akhir kata,pengunaan Quizizz dapat memberi keseronokan dalam pembelajaran di dalam kelas dan memberi kesan positif kepada pelajar terutama dalam menarik minat pelajar untuk bersaing dalam pelajaran secara sihat.Sampai disini sahaja perkongsian yang mampu saya berikan.Mudah-mudahan dapat membantu guru-guru untuk menggunakan Quizizz dalam pembelajaran dan pengajaran harian.

Semoga bermanfaat,terima kasih kerana sudi membaca.

Ahmad Faiz Bin Mohd
MC190909458

Rujukan :
Youtube
Quizizz


Comments

Post a Comment

Popular Posts